Lokasi Penempatan Jet_Propulsion_Laboratory

Semasa ditubuhkan, JPL terletak di sebuah dataran batuan di luar bandar Pasadena. Hampir kesemua 177 ekar (72 ha) tapak milik pemerintah pusat Amerika Syarikat yang menempatkan kampus JPL kini adalah di bandaraya La Cañada Flintridge di California.[11] Walaupun demikian, alamat JPL adalah 4800 Oak Grove Drive, Pasadena, CA 91109 kerana JPL sudah lama bertapak dan termasyhur apabila bandaraya La Cañada Flintridge diperbadankan pada tahun 1976.